11.11.2010

Formula Emel – Sense of Urgency (versi BM









Di dalam ebook ini beliau telah kongsikan salah satu FORMULA penting bagaimana menukarkan Prospek menjadi Pembeli serta merta terhadap produk yang anda ingin promosikan.

Ini adalah sebahagian yang bakal anda perolehi melalui Formula Emel:

http://www.panduanemel.com

Review Kursus Strategi Wang

Salam hormat..

Saya faham anda yang membaca post ini berminat ingin tahu lebih lanjut mengenai apa itu Strategi Wang. Kalau dengar pada nama, ianya macam satu strategi menguruskan duit. Ia dah separuh betul kalau anda ingat ianya strategi menguruskan duit.Strategi Wang lebih daripada itu. Lebih daripada panduan untuk anda menguruskan wang anda.

Anda tak perlu lihat jauh. Cuba anda lihat poket anda sekarang. Anda lihat beg duit anda sekarang. Anda lihat akaun bank anda. Anda lihat apa yang anda ada. Adakah anda berpuashati dengan apa yang anda miliki?


Kalau anda dah berpuas hati atau rasa cukuplah untuk anda, adakah anda mampu mengekalkan apa yang anda ada kalau anda terlantar sakit di hospital selama beberapa bulan?

Ataupun mungkin anda rasa simpanan anda dah cukup tapi bagaimana pula kalau anda berhenti kerja? Atau diberhentikan kerja secara tiba-tiba oleh kerana syarikat anda peerlu membuang pekerja?

Ramai orang mungkin tak pernah terfikir jawapan bagi soalan yang saya tanyakan ini. Kerana soalan ini seringkali difikirkan oleh mereka yang kaya dan berjaya atau mereka yang dah pun bergelar jutawan.

Tapi, macam mana anda nak jadi jutawan? Adakah anda perlu dilahirkan oleh jutawan juga?

Jutawan dicipta. Bukannya dilahirkan.

Kalau anda tak rasa nak jadi jutawan sekalipun, saya pasti anda nak rasa bebas kewangan. Boleh beli apa yang anda suka. Kalau nak beli BMW 5 series esok pun anda boleh. Itu yang anda mahu kan?

Atau paling tidak pun anda rasa nak bayar hutang yang dah menimbun. Hutang kawan, hutang bank, kredit kad, dan macam-macam lagi.

Untuk menjadi kaya, ringkas saja caranya. -Anda perlu belajar dari orang yang kaya-

Senang saja jawapannya kan? Tapi macam mana pula anda nak belajar daripada mereka yang dah pun kaya ni?

Ammar Zahar bekerjasama dengan seorang jutawan kewangan yang popular, Abang Abu menghasilkan satu Kursus yang benar-benar boleh membimbing anda kearah matlamat kewangan yang anda idamkan.

Mereka adalah 2 insan hebat yang sememangnya dihormati dalam bidang perniagaan. motivasi, dan juga kewangan. Mereka menawarkan penyelesaian untuk masalah kewangan yang anda hadapi.

Berita baiknya, mereka kini sedang memberikan diskaun untuk kursus mereka dan anda tak perlu pergi jauh untuk belajar kerana anda hanya perlu ada komputer saja! Anda dah boleh belajar ilmu kewangan dari rumah!

Dalam post ini saya akan kongsikan dengan anda apakah yang terkandung dalam Kursus Strategi Wang.

Kursus ini mengandungi 6 modul yang diberi nama Minda Wang, Kompas Wang, X-Ray Wang, Magnet Wang, Enjin Wang dan Highway Wang.

Sebaik saja anda sertai kursus ini, anda akan bermula dengan modul Minda Wang. Modul ini mengajar anda bagaimana meletakkan minda setaraf jutawan dan orang-orang hebat. Anda mungkin tak boleh miliki harta sebanyak Donald Trump dalam masa sebulan tapi anda boleh miliki minda seperti Donald Trump dalam tempoh yang dekat.

Beza paling utama antara orang kaya dan orang yang miskin bukanlah pada rupa, keturunan atau peribadi. Bezanya adalah minda. Orang kaya kadang-kadang tak handsome pun, tapi mempunyai minda yang lebih hebat daripada orang miskin.

Kompas Wang seterusnya menunjukkan jalan kemana wang anda pergi selama ini. Biasanya anda dapat duit gaji terus pergi belanja dan hujung bulan anda tertanya-tanya kemana perginya duit gaji anda.

Dengan adanya kompas istimewa ini, anda akan tahu kemana perginya duit anda dan seterusnya anda boleh tahu bagaimana mehu ‘mengikat’ duit anda supaya tidak selalu ‘lari’ entah kemana.

Modul ketiga pula adalah modul X-Ray Wang. Ibarat X-Ray sebenar, anda boleh ketahui aliran perjalanan wang anda masuk dan keluar. Ini modul yang saya rasa penting kerana tanpa mengetahui aliran wang anda, anda takkan jadi kaya pun.

Mungkin anda ada terbaca buku aliran tunai yang agak sukar dan berbelit-belit. Anda sebenarnya tak perlu belajar akaun pun untuk tahu aliran tunai anda. Cukup anda gunakan sistem aliran tunai yang digunakan sendiri oleh Abang Abu untuk anda jadikan panduan kerana ianya memang ringkas.

Kemudian anda juga akan pelajari Sistem Magnet Wang. Sesuai dengan nama modul ini, ia dicipta khas untuk anda ketahui cara menarik duit anda. Ada cara yang anda boleh gunakan untuk mengajak orang lain bekerjasama dengan anda. Ada juga cara bagaimana membina jaringan (networking) dengan selebriti perniagaan dan sebagainya.

Lebih menarik, anda akan pelajari macam mana nak menukar RM1 kepada RM2 dan sehingga menjadi RM1 JUTA. Pelik kan? Tetapi ianya logik dan konsep yang sama juga digunakan oleh para jutawan yang bekerja dengan cara bijak. Saya pasti selepas menonton modul ini anda juga mampu jadi kaya dengan cepat.

Modul berikutnya dinamakan Enjin Wang. Ramai yang pandai cari duit tapi lebih ramai yang tak reti uruskan duit. Sebab tu kadang-kadang anda lihat ada orang yang kaya boleh jadi muflis dalam masa sekejap.

Jadi enjin wang ni ibarat enjin kereta anda. Anda hanya letakkan ‘minyak’ (dalam konteks ini duit) dan enjin tersebut akan bergerak dan berfungsi dengan sendirinya. Enjin akan bekerja untuk anda supaya menambah lebih banyak duit ke poket anda.

Dengan erti kata lain, dalam enjin wang akan menunjukkan kepada anda bagaimana anda nak melaburkan wang anda. Dimana tempat anda patut laburkan wang anda. Apa pelaburan yang mendapat pulangan berganda tetapi halal dan memerlukan modal yang rendah. Anda akan ketahui semua ini dalam enjin wang.

Dan modul terakhir yang akan anda pelajari adalah highway wang. Dalam highway wang, anda akan pelajari kemana anda nak belanjakan wang anda dan ianya adalah berbentuk action plan yang anda boleh bawa kemana-mana.

Dengan adanya highway wang ini, jika anda ikut highway yang telah kami sediakan, anda mampu bergelar jutawan kelak.

Jika anda berminat untuk dapatkan Strategi Wang dan pelajari kesemua modul yang saya maklumkan diatas, saya sarankan anda dapatkan dengan segera kerana Ammar nekad untuk buka hanya 250 kuota diskaun sahaja sebelum ditutup jualannya.

Jadi, kalau anda benar-benar mahu mengubah status kewangan anda dan nasib kewangan anda, anda dapatkan Strategi Wang sekarang!

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN STRATEGI WANG

http://www.strategiwang.com